ASAS FALSAFAH DALAM PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

 AHLI KUMPULAN:

MUHAMMAD SYAMIL BIN SAIFUL MUZAMIR                 D20192090521

NURUL AKASHAH BINTI HARMAN                                   D20192090523

ALIF RIDHZUAN BIN ZULKIPLE                                         D20192091135

MOHAMAD AZRIEL IZZAT BIN MOHD RAZALI               D20192091936


1.0 Pengaruh cabang falsafah metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia

Bagi meneruskan dalam memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu adalah melalui pendidikan di Malaysia. Usaha ini dapat mewujudkan insan yang seimbang dari segi rohani, emosi, jasmani dan intelek. Dengan ini, Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan dapat dilahirkan. Selain itu, perkembangan Pendidikan Malaysia dapat membantu rakyat dalam mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Terdapat beberapa cabang falsafah dalam membentuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan di Negara Malaysia iaitu:
-Metafizik
-Epistemologi
-Aksiologi
-Logik




2.0 Pengaruh Falsafah Pendidikan Barat (FPB) terhadap pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan


2.1 Falsafah Pendidikan Tradisional Barat

Perennialisme
Dipengaruhi oleh idealisme.
Perennialisme memandang Pendidikan sebagai satu jalan untuk memulihkan dan mengembalikan kebudayaan masa kini.
Mendisiplinkan mental dan jiwa untuk membantu penaalukan pelajar.
Menekankan 3M dan kelas vokasional untuk pelajar yang kurang pandai.

Progressivisme
Menerapkan pendekatan induktif untuk mencapai matlamat pendidikan sebab induktif tidak memerlukan teori.
Pelajar boleh memilih untuk membuat keputusan untuk diri sendiri jika itu adalah baik.
Kaedah pengajaran adalah secara inquiri (penyelidikan).
Pelajar diberi kebebasan untuk mengembangkan bakat mereka dan kemampuan yang ada tanpa dikekang oleh guru.


2.2 Falsafah Pendidikan Moden Barat

Esensialisme
Fleksibel dan boleh membuat apa-apa perubahan.
Esensialisme mementingkan pembentukan peribadi dan kurikulum disusun dari topik yang senang kepada yang lebih susah. Ia amat menekankan kemahiran 3M iaitu menulis, mengira dan membaca. 
Guru mempunyai peranan penting dalam proses Pendidikan dan bertanggungjawab dalam pengajaran dan pembelajaran.


Rekonstruktivisme 
Adalah sebahagian daripada  progresivisme yang dipecah.
Bermaksud Menyusun Kembali (Reconstruct).
Sekolah adalah factor utama untuk meningkatkan keadaan hidup.
Menumpukan kepada perkembangan ekonomi, kebajikan masyarakat dan demokrasi.
Sekolah adalah untuk penyediaan pelajar supaya dapat menyesuaikan dengan keadaan.

2.3 Implikasi Falsafah Barat ke atas Pendidikan Di Malaysia

  • Menurut Tajul dan Noraini (1992), Kurikulum essensialisme dapat dilihat dalam perkembangan sistem pendidikan di Malaysia adalah guru sebagai model, penerapan nilai murni, subjek di sekolah terbahagi kepada dua iaitu teras dan elektif (KBSM) dan penggunaan 3M dalam KBSR.
  • Progressivisme tidak diamalkan sepenuhnya di Malaysia tetapi menurut Mok Soon Sang (2010), falsafah parennialisme dapat menyatupadukan rakyat dan dapat membekalkan pekerja-pekerja mahir untuk pembangunan ekonomi Malaysia dan melahirkan rakyat yang berdisiplin.
  • Falsafah pendidikan eksistensialisme tidak sesuai di amalkan di Malaysia kerana kebebasan yang tiada petunjuk dan mengharapkan pelajar mencapai kesedaran secara sendiri. 
  • Hanya konsep yang baik dan berguna sahaja digunakan untuk menjadi panduan dan tidak bercanggah dengan agama.
  • Hanya ciri-ciri yang sesuai sahaja daripada falsafah pendidikan barat yang diambil dan diserapkan kedalam system pendidikan negara. 

2.4 Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI) Terhadap Perkembangan Pendidikan Di Malaysia


Islam dan falsafah bukanlah dua perkara yang bertentangan. Islam yang memuliakan manusia kerana kebolehan berfikir sentiasa menyeru manusia menggunakan akal fikiran bagi mencapai kebahagiaan di duniadan akhirat. Tetapi garis pemisah yang menjarakkan Islam dan falsafah ialah falsafah yang mengikut hawa nafsu tanpa berpedomankan wahyu. Falsafah Pendidikan Islam adalah berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah. Dengan adanya Falsafah ini, terdapat pengaruh besar yang berlaku pada perkembangan pendidikan di Malaysia.

  • Usaha Berterusan
  • Kepercayaan Dan Kepatuhan Kepada Tuhan
  • Menyeluruh Dan Bersepadu
  • Keharmonian Dan Kemakmuran Masyarakat Dan Negara









2.5 Manfaat dan Cabaran Pelaksanaan Falsafah Eklektik dalam Perkembangan Pendidikan di Malaysia.

Eklektik - dipilih atau diperoleh yg terbaik drpd berbagai-bagai sumber yg berlainan dengan erti kata lain kaedah dan pendekatan.
 
2.5.1 Matlamat Pelaksanaan Falsafah Eklektik dalam Perkembangan Pendidikan di Malaysia

Pembelajaran Murid
- dapat memperkembangkan prestasi individu sepenuhnya dan mewujudkan pembelajaran yang aktif
- meneroka dan membina pengetahuan, keterampilan dan akhlak modal insan serta memupuk peranan bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, msyarakat dan negara.
- murid-murid diberi tumpuan terhadap penyelesaian masalah dan peranan individu yang termaktub di dalam aliran mazhab falsafah pendidikan barat moden


Pengajaran Guru
- dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
- dapat merangkumi aspek pengetahuan murid dan masyarakat melalui pembelajaran berorientasikan eklektik

Matlamat Pendidikan
- dapat mencapai matlamat pendidikan untuk melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, berakhlak, bertanggungjawab dan sejahtera 
- dapat memberi sumbangan kepada keharmonian keluarga, masyarakat dan negara.

2.5.2 Cabaran 

Aspek keseimbangan dan harmoni
- Strategi nilai-nilai murni telah diabai dan dilupakan
- Ramai yang boleh mencapai pendidikan dalam ilmu tetapi tidak menghayati kefahaman yang diperolehi


Keharmonian intelek, rohani, emosi dan jasmani
- Hanya memberi penekanan kepada potensi jasmani
- Pendidikan lebih mengutamakan kepentingan perniagaan, keuntungan, teknologi dan industri.
- Lebih memfokuskan kepada potensi kreatif dan inovatif yang bersifat kebendaan semata-mata.
- Guru kadang kala kurang mementingkan intelek dan seolah-olah tidak menghiraukan kehadiran anak murid
- Tidak menghayati sejarah yang telah menetap di negara kita


Pendidikan Malaysia mengikut acuan Malaysia
- Pelaksanaan dasar pendidikan sentiasa berubah, bahkan tidak merujuk kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
- Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak dirujuk secara jujur
- Dasar pendidikan bertambah kabur, kurikulum tidak mempunyai keharmonian, matlamat pendidikan tidak mempunyai fokus dan seluruh sistem pendidikan semakin tidak jelas.

3.0 Rumusan 

Falsafah Pendidikan Kebangsaan sememangnya jelas merupakan gabungan dan hasil pengaruh daripada Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Barat Tadisional serta Moden. Tujuan FPK ini merupakan landasan yang cukup lengkap dan mustahak untuk diterima dan difahami dengan jelas. Falsafah Pendidikan Kebangsaan  in sememangnya unik dan digunakan pakai serta dijadikan garis panduan dalam pelaksanaan kurikulum di negara. Perkembangan pendidikan di negara sememangnya tidak terpesong dan tersasar daripada pembentukan FPK. Biarpun pelbagai cabaran yang berlaku, FPK menjadi rujukan utama bagi membentuk perkembangan pendidikan yang sentiasa berubah mengikut peredaran masa ke semasa. Dengan berlandaskan Falsafah pendidikan Islam dan juga Barat, pembangunan insan dapat dicapai dengan acuan tersendiri dalam membentuk rakyat Malaysia bersifat global dan lokal. Kesamaan dan perbandingan terhadap kedua-dua falsafah sememangnya mudah dilihat. Namun FPK hanya mengambil struktur falsafah yang positif bagi membentuk insan yang sempurna dari setiap segi aspek Intelek, rohani,  emosi dan jasmani.


Comments